Friday, 23 April 2010

nie kertas kerja cadangan unuk interbatch

sape2 yg terbace nie tolong ye gtaw apek or wafiy plz download nie n wat cam yg aku mintak tue...mintak la tolong sape2 yang free....

link:http://www.4shared.com/document/nBhkCkpJ/kertas_cadangan_KNIGHT_INTERBA.html

Kejohanan KNIGHT INTERBATCH 10's I


Tarikh:  antara 1-4 julai 2010
masa:  8.30 pg - 5.30 ptg
Tempat: Padang INTEK


Datang lah beramai-ramai untuk memeriahkan kejohanan ini nanti ....

p/s:pesanan kpd pemain2 dan batch yang nak sertai event nie please daftar 2 minggu sebelum kejohanan berlangsung untuk memudahkan urusan teknikal,terima kasih.


borang boleh download di link ini: http://www.4shared.com/document/zEoQgmN9/borang_kejohanan.html


syarat-syarat kejohanan:

1.pemain yang boleh bermain.
2.satu pasukan 18 orang,15 atas list,3 reserve.
3.4 kali subs stp pelawanan.
4.yuran kejohanan rm180(rm10 sorang)
5.law ikut law IRB terbuka.
6.sebarang penambahan atau perubahan akan diberitahu kelak.

p/s:apek tolong confirmkan tarikh,masa dan venue ngan cikgu hatta ye...sowi susahkan korang semua...


perancangan untuk kejohanan dan aktiviti yang bakal dijalankan


ok nie plak senarai kejohanan yang akan kite sertai:

1.  kejohanan Kuantan 10's open
2.  kejohanan ragbi ANSARA
3.  kejohanan liga alumni 7's (lepas alumni daftar official n untuk yg dok area dekat kl n selangor)
4.  liga Pahang (untuk yang nie aku cadangkan mungkin after 3 years kita dah establish baru kita akan sertai)
5.  SMS 10's
6.  CCC-UiTM segamat 10's
7.  UPM 10's
8.  UKM 10's
9.  Rakan Muda 7's

p/s:nie antara kejohanan yang terlintas dalam pale aku dan tempat kita boleh ambil peluang dan ambil pengalaman dulu,takpe kalo kite kalah janji kite cube dan pengalaman tue penting .......

then kejohanan yang akan kita anjurkan sendiri:


  1. INTEK Knight 10's interbatch ( nak friendly antara batch dan wat pemilihan siapa yang akan mewakili INTEK Knight ke kejohanan INTEK Knight alumni 10's.
  2. INTEK Knight alumni 10's:
  • sikit briefing pasal kejohanan ini:
  1. kejohanan ini kita akan mula anjurkan tahun depan.tarikh n everything akan dibincangkan kemudian.
  2. sebab aku nak wat next year coz aku nak daftar kejohanan nie kat kesatuan ragbi pahang dan kesatuan ragbi malaysia supaya ley jadik annual xtvt alumni kite...
  3. kite kene try cari sponsor n sumber kewangan untuk menganjurkan kejohanan nie.
  4. kertas kerja projek ini akan aku serahkan kepada cikgu hatta untuk diserahkan kepada sekolah,supaya kita dapat persetujuan sekolah dahulu,so proses makan masa jadik memang tak sempat nak wat tahun nie.
  5. kejohanan nie akan berformatkan liga dalam kumpulan, terbahagi kepada 4 kumpulan,satu kumpulan akan mengandungi 4 pasukan dari setiap alumni.
  6. johan dan naib johan setiap kumpulan akan bermain dalam kategori cup dan tempat ketiga dan keempat akan bermain dalam kategori plate.
  7. pusingan kedua akan bermain secara kalah mati.
  8. untuk pengadil kita akan jemput dan bayar kat mereka.
  9. urus setia pulak akan terbahagi kepada beberapa kumpulan(akan dibahagikan nanti).cara pembahagian adalah mengikut tugas,ex student atau student.masing2 akan menjalankan tanggungjawab masing2.
  10. then beberapa urusan seperti financial,audit,surat2 rasmi,jemputan,ambulan dan sebagainya akan diuruskan oleh pihak2 yang akan dilantik selepas mesyuarat kejohanan ini diadakan.
  11. harapannya setiap pihak dan individu memberikan kerjasama supaya kejohanan yang bakal kita anjurkan ini menjadi salah satu kejohanan yang terkenal di daerah kuantan,di negeri pahang,dan di peringkat kebangsaan sendiri
p/s: kejohanan pertama maybe next year dan kita akan jemput alumni sbp pahang dan beberapa pasukan di sekitar kuantan untuk menjayakan kejohanan ini..... so that kita boleh tengok kekurangan dalam kejohanan yang kita jalankan..........

Jersi rasmi alumni







nie antara jersi totalfield yang ada untuk ditempah,so sama ada amik design nie or wat design sendiri,pilihan terletak di tangan korang.....

ok sekarang nie hal jersi plak, aku dah pikir2 masak,dah berbulan aku berpikir nih....coz sebab jersi rasmi alumni nie payah sikit nak setel aku taw,tapi aku rase aku dah pesan berbulan kan?so aku akan kutip duit pada 30 june 2010 masa official meeting kita semua kat sekolah... then masa tue kita akan decide sama ada nak wat design sendiri atau kita akan pilih jek design tf yang dah sedia ada nie,hurrmmmm dats why lama aku berfikir....sape2 yang ada idea untuk design baju ley bawak masa meeting tersebut ok..... aku rase kite amik design belang itam merah putih or yang itam merah putih yang ujung2 tue smart gak....untuk logo team aku da setelkan dah... so sape2 yang nak sumbangkan duit nak beli jersi untuk team alumni sila isi borang di bawah nie.....yang nie last confirmation untuk jersi taw.....







Ke mana hala tuju kelab ragbi ini selepas ini..........

ke mana hala tuju kelab rugby ini selepas ini,anda semua ahli persatuan yang akan menentukannya,seperti yang anda tahu kalo pokok tiada akar,maknenye tak berfungsi lah pokok tue,tadek makanan,sumber nutrien,air dan sebagainye,begitu jugalah persatuan kita nie,if hanya orang tertentu dan orang yang sama buat kerja tanpa orang bawh memang tak jalan jugaklah jawabnye,aku mohon kerja sama semua,kalo ley beri komitmen untuk kelab nie,kite wat kelab nie bukan sekadar untuk rugby tapi untuk merapat kan ukhwah sesame kita, n of course la kalo nk naik serta merta kelab kita nie memang mustahil coz kita baru,so kalo semua mainkan peranan masing2 insyaallah,dalam 2 tahun kita boleh nak join liga pahang.....kalo korang berikan komitmen la,coz kita semua dah ramai exstudent n ramai yang main rugby,so aku rase kita dah boleh proceed untuk next zone iaitu establishment of the old boys rugby.

  •   kite akan wat official meeting kat sekolah 30 june 2010,dalam pukul 10 pagi ke 12 tengah hari...aku harap exco2 n ajk2 boleh hadirkan diri n sape2 yang nak hadirkan diri pada hari tersebut juga dijemput hadir.
  •   besar kemungkinan pada petang itu kita akan adakan friendly secare rasmi, di padang sekolah,if ramai yang hadir aku nak wat 15's tengoklah, sama ada kita akan lawan INTEK Knight jr,sesame sendiri atau aku akan team luar untuk friendly petang tue...
  • then dalam meeting tue kita akan bincangkan mengenai beberapa perkara penting seperti:
  1. tugas-tugas dan pembahagiaan exco serta ajk
  2. yuran tahunan kelab
  3. senarai player yang akan melibatkan diri dalam kejohanan
  4. kejohanan yang akan disertai oleh kelab.
  5. pendaftaran kelab alumni dan pemain di bawah kesatuan ragbi Pahang.
  6. pembelian dan pemilihan warna rasmi jersi alumni.
  7. wakil yang akan menyertai kursus kejurulatihan dan pengadilan ragbi krm
-setiap minit mesyuarat ini akan di cetak dan diedarkan pada waktu mesyuarat tersebut.....

  • perkara kedua adalah mengenai cadangan aktiviti yang aku list kan,if ade bantahan or cadangan lain korang ley dropkan komen kat comment,cadangan adalah seperti berikut:
  1. mesyuarat agung tahunan,untuk membentangkan budget dan xtvt tahunan kepada ahli persatuan alumni ragbi.
  2. menyertai kejohanan yang diadakan oleh kesatuan ragbi pahang(sama ada terbuka atau tertutup)
  3. menyertai kejohanan ragbi liga alumni 7's (kepada mereka yang belajar di area kl dan selangor atau kawasan yang dekat dengan venue perlawanan)
  4. .menganjurkan kejohanan inter batch pada setiap tahun untuk memilih pemain-pemain yang bakal mewakili INTEK Knight untuk kejohanan ragbi terbuka INTEK Knight alumni 10's serta merapatkan silaturrahim di antara INTEK Knight player dan INTEK Knight jr.
  5. menganjurkan INTEK Knight alumni 10's setiap tahun untuk meningkatkan mutu permainan pemain-pemain INTEK Knight dengan menganjurkan kejohanan ini terbuka kepada beberapa pasukan alumni sekolah berasrama penuh,ANSARA atau sekolah teknik.
  6. memenuhkan aktiviti masa cuti semester dengan menganjurkan picnic,bbq,futsal atau free gathering pada cuti semester.
  7. mengadakan annual dinner di hotel pada setiap hujung season kejohanan atau hujung tahun.
  • harapannya adalah supaya setiap orang akan memberikan kerjasama dalam aktiviti yang bakal dijalankan..... dan sesiapa yang ada kenal mana2 pihak yang boleh memberi sponsor for our team dialu2kan supaya menginform kepada exco yang berkenaan...

Tahniah Skuad ragbi Malaysia....

sorry aku selitkan sikit mengenai pasukan ragbi malaysia yang baru sahaja pulang dari singapura untuk bertanding dalam kejohanan HSBC Asian 5 nations 2010. Walaupun skuad Malaysia kalah pada perlawanan pembukaan semasa bertemu dengan tuan rumah sendiri dengan keputusan 22-20,tapi prestasi skuad negara amatlah membanggakan kerana tuan rumah hanya melakukan 1 try dan mata selebihnya hanya diperolehi dengan kick,tetapi 20 mata malaysia hanya try tanpa conversion. Skuad negara perlu berusaha untuk melatih 2,3 orang specialist kicker supaya kita dapat memastikan setiap conversion dan penalty kick berjaya disempurnakan. walaubagaimanapun skuad negara telah melakukan yang terbaik untuk bertanding di divisyen satu.mungkin tahun ini belum ada rezeki untuk skuad negara mara ke top 5 asia,tetapi aku mengharapkan malaysia akan qualify ke top 5 untuk merebut tempat ke piala dunia rugby 2016 di England... untuk pengetahuan semua skuad ragbi negara kekal di divisyen satu asian 5 nation setelah tewas kepada tuan rumah 22-20 dan menang ke atas taiwan 36-8. semoga harapan skuad negara akan ke piala dunia menjadi kenyataan suatu hari nanti..... good luck Malaysia!!!

Malaysia johan divisyen 2 tahun 2009,kini bermain di divisyen 1,insyaallah 2,3 tahun lagi kita akan bermain dalam top 5 asia.........


selain itu skuad bawah 18 dan skuad ragbi 7 sebelah malaysia juga memperolehi pencapaian yang amat
membanggakan skuad bawah 18 malaysia menduduki tempat ketiga dalam kejohanan ragbi jemputan antarabangsa di taiwan dan skuad ragbi 7 sebelah malaysia pula menjadi johan test match commonwealth game di new delhi,india. pencapaian skuad ragbi kebangsaan amatlah membanggakan dan harapan aku adalah pencapaian skuad malaysia dalam sukan ini akan terus cemerlang dan tidak ada masalah politik yang membelenggu pencapaian ragbi malaysia ke pentas antarabangsa........


harapan aku adalah supaya skuad ragbi malaysia dapat menjulang piala top 5 Asian 5 nations ini di mata dunia,tidak mustahil jika kita mencuba dan berusaha....... Go Malaysia go!!!!

Friday, 2 April 2010

pendaftaran for our player in alumni rugby


Search