Friday 23 April 2010

Tahniah Skuad ragbi Malaysia....

sorry aku selitkan sikit mengenai pasukan ragbi malaysia yang baru sahaja pulang dari singapura untuk bertanding dalam kejohanan HSBC Asian 5 nations 2010. Walaupun skuad Malaysia kalah pada perlawanan pembukaan semasa bertemu dengan tuan rumah sendiri dengan keputusan 22-20,tapi prestasi skuad negara amatlah membanggakan kerana tuan rumah hanya melakukan 1 try dan mata selebihnya hanya diperolehi dengan kick,tetapi 20 mata malaysia hanya try tanpa conversion. Skuad negara perlu berusaha untuk melatih 2,3 orang specialist kicker supaya kita dapat memastikan setiap conversion dan penalty kick berjaya disempurnakan. walaubagaimanapun skuad negara telah melakukan yang terbaik untuk bertanding di divisyen satu.mungkin tahun ini belum ada rezeki untuk skuad negara mara ke top 5 asia,tetapi aku mengharapkan malaysia akan qualify ke top 5 untuk merebut tempat ke piala dunia rugby 2016 di England... untuk pengetahuan semua skuad ragbi negara kekal di divisyen satu asian 5 nation setelah tewas kepada tuan rumah 22-20 dan menang ke atas taiwan 36-8. semoga harapan skuad negara akan ke piala dunia menjadi kenyataan suatu hari nanti..... good luck Malaysia!!!

Malaysia johan divisyen 2 tahun 2009,kini bermain di divisyen 1,insyaallah 2,3 tahun lagi kita akan bermain dalam top 5 asia.........


selain itu skuad bawah 18 dan skuad ragbi 7 sebelah malaysia juga memperolehi pencapaian yang amat
membanggakan skuad bawah 18 malaysia menduduki tempat ketiga dalam kejohanan ragbi jemputan antarabangsa di taiwan dan skuad ragbi 7 sebelah malaysia pula menjadi johan test match commonwealth game di new delhi,india. pencapaian skuad ragbi kebangsaan amatlah membanggakan dan harapan aku adalah pencapaian skuad malaysia dalam sukan ini akan terus cemerlang dan tidak ada masalah politik yang membelenggu pencapaian ragbi malaysia ke pentas antarabangsa........


harapan aku adalah supaya skuad ragbi malaysia dapat menjulang piala top 5 Asian 5 nations ini di mata dunia,tidak mustahil jika kita mencuba dan berusaha....... Go Malaysia go!!!!

No comments:

Post a Comment

Search